DOA PERLINDUNGAN STROKE / ANGIN 

الَّهُمَّ ِنِّ اءُزُبِكَ مِنَرِّهِل اهمَر, وَدَّمِل اسوَد, وَدَِّل اكبَر
Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddil akbar

Artinya:

Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah & lindungi aku dari darah hitam (strok) & dan dari penyakit berat.

Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya,Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi AllahSulaiman "siapakah engkau".

Maka dijawab olih lembaga tersebut bahawa akulah Rihul Ahmar....dan Aku bila memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi gilalah anak adam,

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahawa "Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yg dapat membinasakan Aku melainkan Allah. Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad S.A.W. terkena Rihul Ahmar Sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang jibril kepada Nabi S.A.W. bertanya Nabi kepada jibril. Maka ghaib sebentar jibril lalu Kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi S.A.W. kemudian Dibaca doa tersebut kepada cucundanya dan dengan sekejap jua Sembuh serta merta. 
Lalu bersabda Nabi S.A.W. bahawa barang siapa Membaca doa strok. Doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur Hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau STROKE.

AYATUL MAHABBAH (DOA SUPAYA DIKASEHI & DISAYANGI OLEH SUAMI-ISTERI-ANAK, KAUM KERABAT,JIRAN-RAKAN,, ORANG BAWAHAN DAN ATASAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terima kasih kerana ramai pembaca yang telah menghantar email kepada penulis sejak akhir-akhir ini sehingga tak sempat nak balas balik kesemuanya. Ada yang bertanya apakah doa selain dari doa pengasih? Ayatul Mahabbah adalah doa tersebut

Doa ini meliputi keseluruhannya. Orang yang mengamalkan Ayatul Mahabbah akan dikasehi dan disayangi oleh pasangan masing-masing, oleh anak-anaknya, kaum kerabatnya, jiran-jiran tetangga. Jika ia seorang majikan, orang bawahanya akan menyukainya dan jika ia seorang pekerja, orang atasan akan menyukainya. 

Ia juga diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Baca sebanyak yang boleh. InsyaAllah.

Qul in kuntum tuhibboona AllahafattabiAAoonee yuhbibkumu Allahu wayaghfirlakum thunoobakum wallahu ghafoorun raheem

Maksudnya:

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran:Ayat 31)

CARA UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI BARANG YANG TELAH DICURI

Untuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, hendaklah membuat seperti berikut:

1. Anda mesti mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.

2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.

3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, anda hendaklah pula membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

4. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.

5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 7 kali.

6. Bacakan ayat dibawah ini sebanyak 119 kali.

7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa: 
"Ya Tuhanku, aku minta supaya dikembalikan barang (Nama tuan punya barang) yang telah dicuri secepat mungkin".
Setelah anda lakukan mengikut cara-cara yang diterangkan diatas, Insha Allah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.

Wasallam.

Kiriman dari seorang pembaca. Boleh juga dilakukan.

Doa dari CikGu Aliaazuan.

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya.."

Seorg saudara ana penah dicuri wang oleh perompak. terus dia buat solat hajat, baca doa ni sbgai zikir sbnyak 1000x. tak smpat report polis pun, org kg dh buat tabung duit utk dia. Dgn izin Allah, Allah gnti blk duit dia 2 kali ganda drp yg kena curi tu...

Sorg kwn ana penah dicuri kreta kat sini, ana pun syor kat dia amalan yg sama.. tp slps buat, dia tetap report polis. Tak sampai smggu, polis jumpa kereta tu bersidai di tepi jln kat Perak..kunci masih ada tanpa sbrg kerosakan. Alhmdulillah dpt balik, smuanya dgn izin Allah. Yg penting kena yakin dgn amalan, insyaAllah Allah akan bantu. 

DOA PENAWAR PATAH TULANG -TULANG RETAK -TULANG RAPUH

Surah Yasiin banyak khasiatnya dan diantara bahagian ayat-ayat ini sebagai penawar kepada patah tulang, retak tulang dan lain-lain berkaitan patah. Jika mengalami patah akibat jatuh atau yang aktif bersukan lasak seperti ragbi, bola sepak elok amalkan sebelum masuk padang. Baca shalawat 3x dan ayat-ayat tersebut dan sapu pada kaki atau seluruh badan supaya elak patah.

Bagi yang mengalami retak tulang dan "Ostoeporosis" iaitu tulang rapuh terutama orang-orang tua elok amalkan doa ini dimulakan dengan bacaan shalawat syifa 1x diikuti doa ini sebanyak 1x dan ditiup pada air dan minum. Lakukan pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. Insyaallah jisim tulang anda akan bertambah kuat. Selalu makanan yang banyak kandungan kalsium. 

(78) Wadaraba  lana  mathalanwanasiya  khalqahu  qala man yuhyee alAAithamawahiya rameim

(79)  Qul yuhyeeha allatheeanshaaha awwala marratin wahuwa bikulli khalqin AAaleim

Maksudnya: (Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79).

78. Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? 

79. Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)

DOA RAWATAN HILANG SAKIT PERUT

Caranya:

Bila sakit perut memulas. Salawat tiga kali (3) dan baca doa ini kepada air kosong sebanyak tiga (3) kali dan minum air tersebut. InsyaAllah sakit akan hilang dengan izin-Nya.

Maksudnya:

"Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tiada pula mereka mabuk kerana menikmatinya"

Read more: http://www.caraseoblogger.com/2013/11/cara-menambahkan-animasi-burung-twitter.html#ixzz3etGbky3X